Pages

Saturday, June 30, 2012

Pasrah

Tak ada seorang manusia pun yang nak jadi jahat . Semua nak jadi baik , nak jadi yang terbaik . Manusia semuanya sama . Yang membezakan cuma perangai dan perbuatan .

Kita tak boleh menghukum seseorang kerana perbuatan yang dia dah buat . Dah itu memang takdir dalam hidup dia . Mungkin dia akan belajar daripada kesilapan dia , ataupun dia dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya tak akan ulangi apa yang dia dah buat .

Manusia belajar daripada kesilapan dan pengalaman orang sekeliling . Kita semua milik Dia . Kita seperti pelakon di atas pentas dunia . Kita belajar tentang kehidupan dan kita memilih jalan kita sendiri . Dengan harapan semoga jalan itu diredhai .

Kita sebagai manusia tak ada hak untuk menghukum orang lain . Kita tak tahu apa yang dah dia lalui dalam dunia nie . Siapa tahu orang tu jadi pelacur sebab dia dijual oleh bapak tiri dia ? Dia tak memilih untuk jadi macam tu tapi keadaan dan takdir meminta . Pantaskah dia dipersalahkan ? Fikirlah .

Semua dalam dunia nie cukup adil . Adil di sisi Dia . Kita tak tahu apa lagi perancangan Dia untuk kita di masa depan . Dia maha adil kan ? Percaya dan sentiasa bersyukur . Redha dan pasrah . Berserah kepada takdir .

Takdir

Dakwat telahpun kering . Semuanya telah tertulis . Setiap yang berlaku , semua atas kehendak dan kemahuan Dia . Kita merancang sehebat mana pun , kalau Dia tak izinkan , tetap tak akan terjadi .

Masa depan nie semua menjadi rahsia Dia . Setiap yang berlaku dah tertulis didalam takdir masing masing . Kita tak mampu nak melawan or mengubah takdir yang dah ditetapkan . Sebab itulah kita tak digalakkan untuk guna perkataan 'kalaulah' . Sepertinya kita menyalahkan takdir .

Bila kita sampai ke dua persimpangan , kita harua memilih . Ke kiri ataupun ke kanan . Hidup harus diteruskan atas pilihan kita sendiri . Trust me , pilihan kita adalah pilihan yang terbaik sebab itulah kehendak takdir oleh Dia . Kita mungkin tak nampak kelebihan dia , sampai suatu masa , kita pasti akan bersyukur dengan apa yang berlaku .

Aku menulis coretan ini pun atas kehendak Dia . Setiap perkata yang berlaku pasti ada sebab musababnya . Fikirlah .

Friday, June 29, 2012

Rahsia

Ada benda yang aku patut cerita and ada benda yang aku patut selesaikan sendiri and simpan dalam hati . Tak perlu berkongsi . Aku dah besar , boleh buat keputusan sendiri . Buat apa aku perlu bebankan orang lain dengan masalah aku kan ? Silap hari bulan , aku yang kena marah . Baru padan dengan muka aku nie ;)

Thursday, June 28, 2012

I c y !

First time aku bilang 'ICY' depan dia . Tiba tiba perasaan malu menghantui . Selama ini selumber je aku buat perangai yang paling pelik depan dia , tak tahu malu pon . Tadi tiba tiba kelu lidah untuk bersuara . Kalau boleh diputarkan masa , i would say it nicely
. I'll look into your charming eyes , i'll say it right to your handsome face , and i'll let your heart knows the meaning of icy . Aku malu , sungguh . First time aku jadi malu . Entah mengapa . Heee ;)

Sayang , icy . I'll say it every night in your sleep . I'll hold your hands and i'll let you feel my heart that beats for you .

Why oh why ?

Kenapa bibir aku senang nak ungkapkan kata maaf walaupun ternyata aku yang tidak bersalah ? Kenapa hati aku terlalu lembut untuk maafkan orang yang tak reti nak hormat perasaan aku ? Kenapa ego aku terlalu rendah kalau berdepan dengan seseorang ? Kenapa ?

Tuesday, June 26, 2012

Stalkers are caring ;)

It's funny how people can be so bersungguh to interfere other people's privacy . Don't you have your own life to take care of ? Pathetic much . It's okayy . Give them what they want to hear . Show them what they want to see . After all , we won't rugi anything right ? Cuma rasa agak serabut je . But it's okayy ! Senyum je sebab ada orang yang sayang kita sangat sangat sampai semua benda pasal kita dia nak ambil tahu ;) we should appreciate them you know . Hihi . Hugs and kisses to our stalkers out there ! ;)

Monday, June 25, 2012

Timeless

Appreciate the time . Masa yang berlalu dah tak boleh nak ulang balik . Sebab tu people buat mistakes and learn from the past . Kalau masa boleh di delete , aku rasa memang tak akan ada seprang manusia pon yang buat salah kan ? Yang lepas tu biarkan berlalu . Yang penting , our future nie . Kena pandai planand pandai guna masa . Jangan sia sia kan masa yang kita ada .

Jiwa Brutal

Bila kita berdepan dengan karenah manusia , kita tak boleh cepat melatah . Tak boleh nak cepat melenting . Kita kena tetap bersabar . Lain orang , lain karenahnya kan ? Buat apa kita nak bergaduh sana sini padahal mereka orang yang pernah rapat dalam hidup kita . Manusia buat silap . Kita maafkan je lah walaupun mereka tak datang mintak maaf . Tak salah memaafkan perbuatan orang kat kita . Biarlah orang buat kita , jangan kita buat orang .

Tak guna bermasam muka kalau dalam hati ada rindu . Untuk apa nak dengar kata orang sekeliling ? Jangan ego dengan perasaan sendiri . Tetapkan pendirian , jangan cepat berubah . Kita manusia , bukan lalang ;)

Aku

Aku dalam kebingungan . Aku dalam khayalan . Aku dalam dunia aku sendiri . Yang aku nampak , cuma bayang bayang imaginasi aku . Emotional breakdown , mungkin ?

post signature

please ?


apa yang aku perlu buat untuk pulih kan keadaan ? cakap dengan aku . biar aku faham . biar aku boleh puaskan hati semua orang . jangan cakap belakang aku , aku tak ada telinga kat belakang aku yang mampu mendengar . datang jumpa aku , bilang satu per satu . aku selalu menunggu . bila bila masa sahaja .

post signature

semester Dua !



syukur , alhamdulillah . 

seharusnya aku hadiahkan keputusan nie kepada family aku . tu dah memang wajib bagi semua anak anak . tak cakap pon , orang memang dah tahu kan ? tak kan lah parents kita hantar kita belajar penat penat , kita tak hadiahkan untuk merekan kan ? heee . this is memang untuk Mami and arwah Papa :)

selain daripada tu , orang yang bagi aku semangat dan push aku sampai aku berjaya buat exam hari tu ialah boyfie aku . memang aku tak nafikan , kalau dia tak ada , aku mungkin hanyut dengan kawan kawan aku , bersuka ria , tanpa hala tuju . dia dah guide aku to the right track . dia encourage aku untuk study every night .
subject yang aku tak faham langsung pon aku berjaya score B- . microeconomics memang killer subject . setiap kali aku study micro , setiap kali tu juga lah air mata aku mengalir . aku takut tersangkut paper tu . setiap kali tu jugak lah dia akan ada untuk bagi semangat kat aku balik . he is the only person yang percaya aku mampu buat . because of him , i survived one semester .

aku letak target GPA 3.30 . alhamdulillah , rezeki aku dapat Dean's List semester nie . tak pernah aku sangka aku mampu buat . thanks , Love . i need you to stay with me . though out  my thick and thin . i love you , i always will ! this is for you too , sayang . :')

post signature

luahan Ami Ilana


setiap benda yang berlaku , ada hikmahnya . aku percaya , semua yang berlaku dalam hidup aku nie , ada sebab dia . mungkin aku terlalu buta untuk menilai . terlalu pekak untuk mendengar . terlalu bisu untuk bersuara . mungkin , yes , mungkin ! semua orang boleh cakap , tak nak buat itu , tak nak buat ini . tapi kalau dah takdir kita tertulis begitu dan begini , siapa kita nak melawan kan ?

semua dah tertulis . jalan cerita hidup aku memang macam nie . orang nak aku buat apa lagi ? sampai bila orang nak menghukum aku atas kesalahan yang dah aku kesalkan selama ini ? the damage is done . i can't turn back and fix everything . i can't ! if i could , i would do it long long time ago . masalahnya aku tak mampu .

perit ada kat posisi aku . semua caci maki aku telan je . macam macam orang nak label aku . fine , tu hak masing masing kan ? aku pon pernah melabel orang tu kambing , gajah , telinga , belalang . it's life kan ? kita tak mampu nak zip mulut semua orang . apa aku mampu buat , pekakkan telinga sahaja walaupun perit pada awalnya .

dulu aku pernah tersentap setiap kali aku dengar cerita tentang aku . tapi lama lama hati aku jadi kebal . aku dah mula kalis dengan kata kata orang sekeliling . bagi aku , orang tak duduk tempat aku sedaplah mengata pom pang pom pang . kalau orang duduk kat tempat aku , mungkin aku pulak yang pom pang pom pang kan ? tak ada guna aku nak simpan dendam , nak marah , nak emo tak tentu pasal .

sebab tu aku lebih memilih untuk diam . demi menjaga hati semua pihak . aku tak mampu nak puaskan hati semua orang . aku mampu tersenyum je setiap kali berdepan dengan masalah yang sama . aku bosan nak melayan benda yang sama . sebab tu aku biarkan saja orang berkata kata . asalkan orang berpuas hati , aku lagi senang macam tu . bila orang dah letih bercakap , orang akan berhentilah kan ? tunggu masa je .

aku tak suka ambil port masalah orang lain . lagi lagi masalah peribadi . tu hak masing masing , aku kena hormat privacy orang supaya orang boleh hormat privacy aku . mudah mudahan kan ? aku mampu berharap and doakan yang terbaik untuk semua . andai itu takdirnya , aku pasrah dengan semua ini .

yang paling penting , aku bahagia sekarang . jauh lebih bahagia . aku akui , semua pengorbanan aku and dia selama ini memang berbaloi . aku tak pernah menyesal . tak pernah ! alhamdulillah ;)

post signature