Pages

Monday, February 27, 2012

tentang 88


semakin hari, aku semakin mengenali dia.
ternyata dia tak sombong macam aku fikir.
bila dengan aku, dia macam jadi diri dia.
berbeza bila dia bersama dengan orang lain.

that makes me feel so special.

post signature

Friday, February 24, 2012

thanks Belalang


what if i never knew, what if i never found you?
i never had this feeling in my heart.

thanks for pulling my sanggul at the first place.
thanks for those annoying nicknames that you gave to me.
thanks for making those cute Belatok faces to me.
thanks for being a coach for my team.

aku tak mungkin menjadi milik kamu kalau
kamu tak buat semua benda pelik itu yang
ternyata memang mampu menambat hati aku.

post signature

ex ex ex !


there are so many reasons why we left our EXs.

once an EX, always an EX !

post signature

Saturday, February 18, 2012

pabila jodoh telah tiada


apa memang benar kau tak rasa rugi,
bila dah bertahun bersulam kasih.
akhirnya sunyi sepi setelah berpisah?

mana rasa sayang yang pernah dibina?
mana rasa cinta yang pernah singgah?
mana rasa rindu yang pernah menggebu?

mudah sangat bila nak lafazkan benci.
semua yang indah menjadi mimpi ngeri.
semua yang pahit menjadi makin pahit.

kau dengan cara kau,
aku dengan hidup aku.
dua hati yang pernah bersatu,
kini menjauh untuk bersatu dengan yang lain.

post signature

Friday, February 17, 2012

the reason


if someone ever leave you, there must be some good reasons. try to look back and find our weaknesses before we put the blame on others. it might be us that cause the break up.

post signature

bahasa cinta


aku mungkin manja tak kira tempat
tapi dia sabar layan kerenahnya aku
aku memang jenis lantang bersuara
tapi dia cuba tegur apa salahnya aku

mungkin aku memang susah diatur
tapi dia sabar cuba lembutkan aku
mungkin aku susah merasakan marah
tapi dia tak pernah ambil kesempatan

berulang kali telah aku berpesan
andai aku punyai kesalahan
tolong ajarkan aku bahasa cinta
agar aku bisa mengerti perasaannya

post signature

kisah kami terhenti


aku pernah merasa sunyi. kosong. disebalik kesunyian yang aku rasakan, hadir lah seorang yang bernama lelaki menghulurkan janji baru. hidup baru. cinta yang baru. untuk aku merasakan kebahagiaan yang telah lama asing dari hidup aku.

sungguh aku terkeliru disaat aku harus memilih. akhirnya aku sedar, tiada gunanya aku terus berharap dengan sesuatu yang telah lama aku nantikan. tiada gunanya aku menunggu batu untuk menjadi air. andai sesuatu yang lebih menjamin kebahagiaan, untuk apa lagi aku tetap bertahan dan akhirnya aku sendiri yang terluka.

aku fikir, tiada gunanya lagi aku harus terikat dalam ikatan cinta yang kian memudar. tiada gunanya lagi aku terus memaksa diri ini untuk tetap cinta tapi hakikatnya hati ini sudah tawar. lebih baik aku putuskan dia dengan baik caranya agar aku bisa kembali bernafas lagi.

ternyata keputusan ini adalah yang paling tepat. dia seperti aku yang sudah temui kebahagiaan yang dia tercari cari selama ini. aku bersyukur. aku juga sama seperti dia yang kian kecapi rasa bahagia itu bersama lelaki yang aku pilih.

kini tiada apa lagi yang harus aku rahsiakan kerana semuanya sudah tertulis. mungkin jodoh aku bukan dengan dia dan aku sangat bersyukur kerana dia telah temui gadis yang jauh lebih baik daripada aku. dan aku juga dapat yang lebih baik. alhamdulillah. semoga hubungan kami semua ini diberkati. Amin. :)

post signature

aku tak terguris


telah aku lemparkan jauh jauh perasaan itu.
untuk apa lagi kau persetankan tentang aku.
yang ternyata tiada kaitan dengan kau lagi.

lepaskan saja segala yang terpendam
supaya kau bisa hidup lebih tenang
jangan jadikan dia sebagai umpan
untuk kau terus sakiti hati aku

kerana aku tidak pernah tercalar
dengan setiap tindakan yang kau lakukan
kerna aku tahu kau yang lebih terluka
aku cuba perhatikan permainan kau ini

ternyata kau tidak pernah putus asa
untuk membuat aku cemburu dan menyesal
sayangnya, rasa itu tidak pernah hadir

bagaimana aku mahu menyatakan
bahawa hati aku ini telah dimiliki?

post signature