Pages

Friday, February 17, 2012

kisah kami terhenti


aku pernah merasa sunyi. kosong. disebalik kesunyian yang aku rasakan, hadir lah seorang yang bernama lelaki menghulurkan janji baru. hidup baru. cinta yang baru. untuk aku merasakan kebahagiaan yang telah lama asing dari hidup aku.

sungguh aku terkeliru disaat aku harus memilih. akhirnya aku sedar, tiada gunanya aku terus berharap dengan sesuatu yang telah lama aku nantikan. tiada gunanya aku menunggu batu untuk menjadi air. andai sesuatu yang lebih menjamin kebahagiaan, untuk apa lagi aku tetap bertahan dan akhirnya aku sendiri yang terluka.

aku fikir, tiada gunanya lagi aku harus terikat dalam ikatan cinta yang kian memudar. tiada gunanya lagi aku terus memaksa diri ini untuk tetap cinta tapi hakikatnya hati ini sudah tawar. lebih baik aku putuskan dia dengan baik caranya agar aku bisa kembali bernafas lagi.

ternyata keputusan ini adalah yang paling tepat. dia seperti aku yang sudah temui kebahagiaan yang dia tercari cari selama ini. aku bersyukur. aku juga sama seperti dia yang kian kecapi rasa bahagia itu bersama lelaki yang aku pilih.

kini tiada apa lagi yang harus aku rahsiakan kerana semuanya sudah tertulis. mungkin jodoh aku bukan dengan dia dan aku sangat bersyukur kerana dia telah temui gadis yang jauh lebih baik daripada aku. dan aku juga dapat yang lebih baik. alhamdulillah. semoga hubungan kami semua ini diberkati. Amin. :)

post signature

No comments:

Post a Comment