Pages

Tuesday, December 25, 2012

Curiga

" Kecurigaan buat aku ingin tahu tentang sesuatu realiti yang pahit dan buat aku terus lupakan mimpi yang sempurna "

-Ami Ilana-

Thursday, December 20, 2012

King Control

Kita selalu dengan pasal Queen Control , kan ? Kau tahu , King Control lagi seksa !

Mengikut pengalaman aku lah , bila dah kena control almost everything nie , aku rasa macam sesak nafas . Rimas . Lemas . Rasa nak lari jauh gila .

Mana tak nya kalau nak keluar rumah dengan family sendiri pon tak boleh ? Nak keluar dengan kawan perempuan ? Memang tak lah ! Kerja aku , terperuk dalam rumah macam orang bodoh .

Yes , seteruk tu aku kena control . Penangan cemburu buta memang membawa padah . Macam orang tak ada life . Hidup aku siang malam , kena teman dia je . Hotak kau ! Yes , macam robot dia buat aku .

Pakwe kata jangan keluar , aku tak keluar . Pakwe kata jangan cakap dengan lelaki lain , langsung aku tak cakap . Setia ke bodoh orang panggil tu ? Hahaha


Tapi



Tu DULU ! Sekarang aku dah jumpa dengan orang yang betul betul boleh faham aku . Aku nie ramai kawan . Lelaki , perempuan , semua aku kawan . Cemburu buta tak tentu pasal dah tak jadi masalah dalam diri aku . Aku dah HAPPY !

Aku rasa bebas dari hidup aku yang macam dalam penjara tu . Seriously aku tak nak jadi macam tu dulu . Seksa gila babi . Okayy , agak kasar di situ . Haha .


Jadi , tolong lah jangan nak control sangat makwe kau tu . Tak lari nya dia kalau dia betul betul setia :) kau control dia macam macam , nanti dia yang cabut lari . Percayalah . I've been there before . And guess what , i left .

Aku yang bodoh . DULU

Dulu aku pernah lah bercinta bagai nak rak . Aku menyesal , seriously . Aku rasa aku lah couple paling sweet sedunia . Mana tak nya , berkepit tiap masa , mesej tak berhenti , on the phone tiap malam . Oh maiiii ! Saat aku nak taip nie pon aku nak termuntah .

Aku kalau bercinta memang setia tahap dewa . Jujur aku cakap , aku selalu dipermainkan . Sebab apa ?


Sebab aku setia gila babang , tapi pasangan aku yang gila bangang .


Dulu aku bodoh sebab cinta . Chewahh . Tapi tu dulu . Sekarang tak dah . aku jumpa BangBell yang betul betul boleh buat aku gelak longkang macam jantan setiap hari . Okayy , metaphor aku agak melampau . Tapi tu yang aku rasa :D

Obsesi

Pasangan nie ada dua jenis :
1) Cinta
2) Obses

Kalau cinta tu aku respect sebab relax je . Saling percaya and saling memahami . Hubungan macam bestfriend tu sweet sebenarnya .

Yang aku tak tahan mata tu yang jenis nombor dua nie . Tahap ke-obses-san dia tu macam haram . Bila kena berkepit 24 jam . Kena text setiap masa , kena jumpa tiap saat . Alahai . Macam dah tak ada hari esok !

Get a life , would you ?

Monday, December 17, 2012

Kawan dan Lawan

Bila senang , kengkonon teman sampai mati . Bila susah , tetiba jadi tak ingat janji .


Species macam nie lah yang aku rasa macam nak campak luar bangunan nie .

Bila tengah senang , duduk setempek tak nak berganjak seinci pon . Bila dah susah jatuh tersungkur ? Tak sempat nak panggil dah cabut seribu batu !

Wednesday, December 12, 2012

Laki Bini Sewel Sekali

Asal korang laki bini gaduh je , ungkit pasal aku . Haihh . Korang tak reti nak MOVE ON ke hah ? Sedih aku dengan korang nie lah . Cakap macam orang yang dah tak ada life !

Spesies atas pokok .

Manusia yang putar belit fakta nie memang niat dia nak perdajalkan orang yang tak bersalah untuk nampak bersalah . Habis tu dia ? Terlepas dengan bangganya .

Orang macam dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak . Okayy , itu memang bagus sebab berjuang habis habisan .

Tapi kalau dah orang tak nak tu , tak reti reti nak give up ke ? Hati yang dah mati , kau tak akan mampu nak hidupkan balik .

Friday, October 19, 2012

181012 . Satu tahun bersama !

Batas

Setiap hubungan ada batas , tahu ? Batas nak bergurau , batas nak bergaul . Kenapa ? Salah satu sebabnya , ada hati yang kita perlu jaga . Ada hati yang mungkin akan terluka .

Tapi yang aku belajar , yang mengada akan tetap dengan perangai mengada ngadanya . Mungkin juga mereka ini adalah golongan yang tak faham bahasa ?


Wednesday, October 10, 2012

A & B !

Si A mengada ngada . Si B gatal melayan . Elok sangattttttt !

Memories

I keep looking at our pictures together :( pfft ! I really miss you , Bang Bell !

Tuesday, October 9, 2012

Arjuna Jiwa !

Yang pastinya aku akan rindu kau , Arjuna Jiwa ! Malam nie pon dah letih aku menangis . Menangis tanpa sebab yang boleh diterima pakai . Belum apa apa , aku dah melara .

Sayang , be good okayy ? I'll be back soon . InsyaAllah kalau dipanjangkan umur , kita akan jumpa lagi . Aku sayang kau , Arjuna Jiwa !

Tuhan , jagakan dia untuk aku . Dia cintaku satu satunya . Tetaplah dia kan jadi milik aku . Sampai mati . Sampai waktu terhenti . Amin !

:/

Agak lama aku tak berbicara dengan blog usang aku yang dah berhabuk nie . Fuhhh fuhhh! Entah kenapa terasa berat jari jemari nak menulis .

Petang esok aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur untuk buat lawatan sambil belajar (kononnya) . Dah yes , malam nie aku rasa tak sedap hati .

Berat sungguh hati nie nak melangkah ke Kuala Lumpur . Nak tinggalkan separuh jiwa aku kat Kota Bharu nie . Sungguh , seperti ada yang tak kena .

Mudah mudahan semuanya selaman . InsyaAllah ;)

Saturday, August 18, 2012

Our first hari raya together :')

I will always gonna love you . I need you to be with me . I won't let go of your hands . Hold me boyfie . Don't ever let go . Love !

Friday, July 20, 2012

Benci jadi sayang ?

Aku still ingat first time aku jumpa Bang Bell dekat KB futsal Arena . Masa tu ada tournament intercourse untuk kolej . Alu perasan Bang Bell masa tu aku berebut court dengan dia .

Mentang mentang dia senior , dia main guna je court tu . Padahal team aku punyalah sopan take turn dengan team before tu . Satu team aku tengah tunggu nak masuk court nie .

Tetiba dengan selumber badak Bang Bell masuk court dengan keeper dia SAHAJA , then duk test keeper tu . Masa tu memang sakit gila hati dengan dia !

Perasan bagus (walaupun memang bagus) sangat ! Aku mintak elok elok nak guna court , dia boleh buat buat pekak ? Biadap betul ! Haha .

Masa tu aku benci diaaaaaa . Rasa macam nak baling bola atas kepala dia je . Huahuahua .

Then bila jumpa kat kolej , aku langsung tak perasan tu dia . Dress up dia kat kolej macam orang kerja pejabat yang pegang projek juta juta bhaii . Punya lah kemas , kacak , bergaya . (sila perasan)

Masa first time aku tengok dia tu , aku rasa macam ada crush kat dia . Sikit je lahhh :p then ada satu ayat yang dia cakap yang buat aku teringat dia tu orang yang aku benciiiiii kat futsal dulu .

"kak tepi sikit kak "

Okayy . Memang tak ada orang lain yang panggil aku macam tu . Then aku terus berlawan perasaan antara benci and crush . Kahkahkah .

Tu orang selalu cakap , benci lama lama jadi sayang ;) and yes , aku sayang orang yang aku benciiiii sangat dulu . Hahaha .

Monday, July 9, 2012

My Gee ;)

Bila aku dah tak tahu nak luahkan kat siapa segala rasa perih dalam hati nie , kau selalu ada disamping aku untuk mendengar . Sebagai kawan , aku tahu kau selalu ada untuk aku . Sungguh , aku sayang sangat sangat kat kau , Nur Nadzirah ;)

Tuesday, July 3, 2012

Fri(end) :/

Pernah tak kita rasa macam kita tak nak lepaskan seseorang . Tapi walau macammana kuat pon kita cuba genggam tangan dia , kalau dia nak pergi , dia tetap akan pergi ? Friends come and go . Menyedihkan bila fikirkan yang we are drifting apart dengan kawan kita kan ?

NA & NN , you will always gonna be my friend ;) love love hug hug ! Heee

Bad habit of mine

Aku paling tak suka buat kerja tangguh tangguh . Kalau aku nak buat hari tu , maknanya aku nak buat hari tu jugak . Buat sorang sorang pon aku sanggup . Tu memang sifat aku . Aku jadi tak senang hati selagi tak buat benda tu hari yang aku nak buat . Mulalah aku jadi tak ada mood kalau tak dapat buat . Okayy , tu memang keburukan aku . Huahua

Saturday, June 30, 2012

Pasrah

Tak ada seorang manusia pun yang nak jadi jahat . Semua nak jadi baik , nak jadi yang terbaik . Manusia semuanya sama . Yang membezakan cuma perangai dan perbuatan .

Kita tak boleh menghukum seseorang kerana perbuatan yang dia dah buat . Dah itu memang takdir dalam hidup dia . Mungkin dia akan belajar daripada kesilapan dia , ataupun dia dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya tak akan ulangi apa yang dia dah buat .

Manusia belajar daripada kesilapan dan pengalaman orang sekeliling . Kita semua milik Dia . Kita seperti pelakon di atas pentas dunia . Kita belajar tentang kehidupan dan kita memilih jalan kita sendiri . Dengan harapan semoga jalan itu diredhai .

Kita sebagai manusia tak ada hak untuk menghukum orang lain . Kita tak tahu apa yang dah dia lalui dalam dunia nie . Siapa tahu orang tu jadi pelacur sebab dia dijual oleh bapak tiri dia ? Dia tak memilih untuk jadi macam tu tapi keadaan dan takdir meminta . Pantaskah dia dipersalahkan ? Fikirlah .

Semua dalam dunia nie cukup adil . Adil di sisi Dia . Kita tak tahu apa lagi perancangan Dia untuk kita di masa depan . Dia maha adil kan ? Percaya dan sentiasa bersyukur . Redha dan pasrah . Berserah kepada takdir .

Takdir

Dakwat telahpun kering . Semuanya telah tertulis . Setiap yang berlaku , semua atas kehendak dan kemahuan Dia . Kita merancang sehebat mana pun , kalau Dia tak izinkan , tetap tak akan terjadi .

Masa depan nie semua menjadi rahsia Dia . Setiap yang berlaku dah tertulis didalam takdir masing masing . Kita tak mampu nak melawan or mengubah takdir yang dah ditetapkan . Sebab itulah kita tak digalakkan untuk guna perkataan 'kalaulah' . Sepertinya kita menyalahkan takdir .

Bila kita sampai ke dua persimpangan , kita harua memilih . Ke kiri ataupun ke kanan . Hidup harus diteruskan atas pilihan kita sendiri . Trust me , pilihan kita adalah pilihan yang terbaik sebab itulah kehendak takdir oleh Dia . Kita mungkin tak nampak kelebihan dia , sampai suatu masa , kita pasti akan bersyukur dengan apa yang berlaku .

Aku menulis coretan ini pun atas kehendak Dia . Setiap perkata yang berlaku pasti ada sebab musababnya . Fikirlah .

Friday, June 29, 2012

Rahsia

Ada benda yang aku patut cerita and ada benda yang aku patut selesaikan sendiri and simpan dalam hati . Tak perlu berkongsi . Aku dah besar , boleh buat keputusan sendiri . Buat apa aku perlu bebankan orang lain dengan masalah aku kan ? Silap hari bulan , aku yang kena marah . Baru padan dengan muka aku nie ;)

Thursday, June 28, 2012

I c y !

First time aku bilang 'ICY' depan dia . Tiba tiba perasaan malu menghantui . Selama ini selumber je aku buat perangai yang paling pelik depan dia , tak tahu malu pon . Tadi tiba tiba kelu lidah untuk bersuara . Kalau boleh diputarkan masa , i would say it nicely
. I'll look into your charming eyes , i'll say it right to your handsome face , and i'll let your heart knows the meaning of icy . Aku malu , sungguh . First time aku jadi malu . Entah mengapa . Heee ;)

Sayang , icy . I'll say it every night in your sleep . I'll hold your hands and i'll let you feel my heart that beats for you .

Why oh why ?

Kenapa bibir aku senang nak ungkapkan kata maaf walaupun ternyata aku yang tidak bersalah ? Kenapa hati aku terlalu lembut untuk maafkan orang yang tak reti nak hormat perasaan aku ? Kenapa ego aku terlalu rendah kalau berdepan dengan seseorang ? Kenapa ?

Tuesday, June 26, 2012

Stalkers are caring ;)

It's funny how people can be so bersungguh to interfere other people's privacy . Don't you have your own life to take care of ? Pathetic much . It's okayy . Give them what they want to hear . Show them what they want to see . After all , we won't rugi anything right ? Cuma rasa agak serabut je . But it's okayy ! Senyum je sebab ada orang yang sayang kita sangat sangat sampai semua benda pasal kita dia nak ambil tahu ;) we should appreciate them you know . Hihi . Hugs and kisses to our stalkers out there ! ;)

Monday, June 25, 2012

Timeless

Appreciate the time . Masa yang berlalu dah tak boleh nak ulang balik . Sebab tu people buat mistakes and learn from the past . Kalau masa boleh di delete , aku rasa memang tak akan ada seprang manusia pon yang buat salah kan ? Yang lepas tu biarkan berlalu . Yang penting , our future nie . Kena pandai planand pandai guna masa . Jangan sia sia kan masa yang kita ada .

Jiwa Brutal

Bila kita berdepan dengan karenah manusia , kita tak boleh cepat melatah . Tak boleh nak cepat melenting . Kita kena tetap bersabar . Lain orang , lain karenahnya kan ? Buat apa kita nak bergaduh sana sini padahal mereka orang yang pernah rapat dalam hidup kita . Manusia buat silap . Kita maafkan je lah walaupun mereka tak datang mintak maaf . Tak salah memaafkan perbuatan orang kat kita . Biarlah orang buat kita , jangan kita buat orang .

Tak guna bermasam muka kalau dalam hati ada rindu . Untuk apa nak dengar kata orang sekeliling ? Jangan ego dengan perasaan sendiri . Tetapkan pendirian , jangan cepat berubah . Kita manusia , bukan lalang ;)

Aku

Aku dalam kebingungan . Aku dalam khayalan . Aku dalam dunia aku sendiri . Yang aku nampak , cuma bayang bayang imaginasi aku . Emotional breakdown , mungkin ?

post signature

please ?


apa yang aku perlu buat untuk pulih kan keadaan ? cakap dengan aku . biar aku faham . biar aku boleh puaskan hati semua orang . jangan cakap belakang aku , aku tak ada telinga kat belakang aku yang mampu mendengar . datang jumpa aku , bilang satu per satu . aku selalu menunggu . bila bila masa sahaja .

post signature

semester Dua !



syukur , alhamdulillah . 

seharusnya aku hadiahkan keputusan nie kepada family aku . tu dah memang wajib bagi semua anak anak . tak cakap pon , orang memang dah tahu kan ? tak kan lah parents kita hantar kita belajar penat penat , kita tak hadiahkan untuk merekan kan ? heee . this is memang untuk Mami and arwah Papa :)

selain daripada tu , orang yang bagi aku semangat dan push aku sampai aku berjaya buat exam hari tu ialah boyfie aku . memang aku tak nafikan , kalau dia tak ada , aku mungkin hanyut dengan kawan kawan aku , bersuka ria , tanpa hala tuju . dia dah guide aku to the right track . dia encourage aku untuk study every night .
subject yang aku tak faham langsung pon aku berjaya score B- . microeconomics memang killer subject . setiap kali aku study micro , setiap kali tu juga lah air mata aku mengalir . aku takut tersangkut paper tu . setiap kali tu jugak lah dia akan ada untuk bagi semangat kat aku balik . he is the only person yang percaya aku mampu buat . because of him , i survived one semester .

aku letak target GPA 3.30 . alhamdulillah , rezeki aku dapat Dean's List semester nie . tak pernah aku sangka aku mampu buat . thanks , Love . i need you to stay with me . though out  my thick and thin . i love you , i always will ! this is for you too , sayang . :')

post signature

luahan Ami Ilana


setiap benda yang berlaku , ada hikmahnya . aku percaya , semua yang berlaku dalam hidup aku nie , ada sebab dia . mungkin aku terlalu buta untuk menilai . terlalu pekak untuk mendengar . terlalu bisu untuk bersuara . mungkin , yes , mungkin ! semua orang boleh cakap , tak nak buat itu , tak nak buat ini . tapi kalau dah takdir kita tertulis begitu dan begini , siapa kita nak melawan kan ?

semua dah tertulis . jalan cerita hidup aku memang macam nie . orang nak aku buat apa lagi ? sampai bila orang nak menghukum aku atas kesalahan yang dah aku kesalkan selama ini ? the damage is done . i can't turn back and fix everything . i can't ! if i could , i would do it long long time ago . masalahnya aku tak mampu .

perit ada kat posisi aku . semua caci maki aku telan je . macam macam orang nak label aku . fine , tu hak masing masing kan ? aku pon pernah melabel orang tu kambing , gajah , telinga , belalang . it's life kan ? kita tak mampu nak zip mulut semua orang . apa aku mampu buat , pekakkan telinga sahaja walaupun perit pada awalnya .

dulu aku pernah tersentap setiap kali aku dengar cerita tentang aku . tapi lama lama hati aku jadi kebal . aku dah mula kalis dengan kata kata orang sekeliling . bagi aku , orang tak duduk tempat aku sedaplah mengata pom pang pom pang . kalau orang duduk kat tempat aku , mungkin aku pulak yang pom pang pom pang kan ? tak ada guna aku nak simpan dendam , nak marah , nak emo tak tentu pasal .

sebab tu aku lebih memilih untuk diam . demi menjaga hati semua pihak . aku tak mampu nak puaskan hati semua orang . aku mampu tersenyum je setiap kali berdepan dengan masalah yang sama . aku bosan nak melayan benda yang sama . sebab tu aku biarkan saja orang berkata kata . asalkan orang berpuas hati , aku lagi senang macam tu . bila orang dah letih bercakap , orang akan berhentilah kan ? tunggu masa je .

aku tak suka ambil port masalah orang lain . lagi lagi masalah peribadi . tu hak masing masing , aku kena hormat privacy orang supaya orang boleh hormat privacy aku . mudah mudahan kan ? aku mampu berharap and doakan yang terbaik untuk semua . andai itu takdirnya , aku pasrah dengan semua ini .

yang paling penting , aku bahagia sekarang . jauh lebih bahagia . aku akui , semua pengorbanan aku and dia selama ini memang berbaloi . aku tak pernah menyesal . tak pernah ! alhamdulillah ;)

post signature

Friday, May 4, 2012

peluang




disaat aku kaku untuk bicara , fahamilah aku .
disaat aku lemah untuk berdiri , mengertilah aku .

kadangkala aku rebah dalam langkah aku sendiri .
jangan diungkit tentang parut yang berbekas itu lagi .
kerna aku sendiri sudah menyesali apa yang terjadi .
berikan aku sedikit ruang untuk aku perbaiki lagi .

post signature





Monday, April 9, 2012

microeconomics membunuhku !


memang ! subject yang paling aku benci semester nie . argh! subject yang semua orang benci lah senang kira . mana taknya , lain yang ada dalam text book , lain pulak explanation yang di beri . haa . acano tu?

demand naik , supply naik . tetiba cerita pasal belakang rumah dia ada tanam jagung and jiran dia mintak jagung sebab nak buat bubur jagung and tak bagi pon kat dia . apakah? memang susah aku nak cuba relate kan cerita ataupun contoh tu dengan fakta dalam buku nie haa .

cerita punya lah panjang lebar , tapi aku duk faham cerita dia je . formula dalam buku tu , haram jadah aku nak faham nya . stress gila bila bukak buku economics nie and cuba untuk study tadi . memandangkan markah test aku agak teruk . sigh !

seriously aku takut gila kalau aku repeat paper nie semester depan . mati lah aku ! mati lah pointer aku ! pfft ! please tenangkan hati aku untuk hadap benda alah nie . sebulan je lagi . haihhh .

post signature

Sunday, April 1, 2012

aku rasa bahagia itu .


hye April ! two more months to go to celebrate our birthdays! i'm so excited . *giggles* today was a kick start for this month when i got two pairs of skinny jeans . i love those skinny jeans . it suits me well . i don't look fat wearing those skinny jeans even though i'm getting fat already. hew hew hew !


(: my Mr.April :)

he surprised me by buying a guitar . i never expected him to buy me the guitar , that's why i was so speechless and i can't stop calling him , and looking at him . tak percaya gitu . duk panggil 'sayang sayang sayang' macam orang gagap and mati kutu nak cakap apa . sumpah aku macam terharu and tak tahu how to react . nak je aku melompat dalam kereta tu . haha .


(: LOVE AA :)

when i got back home , aku yang excited nie terus bukak kotak tu . sekali lagi aku macam terharu and speechless bila aku tengok ada tulisan and signature dia kat atas guitar tu . sumpah, aku rasa macam terbang terbang . HAHA . may many happy returns in the future ! thanks sayang . :)


(: i love you more  :)

post signature




Wednesday, March 21, 2012

bebanan sang hati


ada masanya aku rasa lebih selesa berbicara sendiri .
ada kalanya aku lebih tenang memendam segalanya di hati .
akan tiba suatu saat aku terpaksa luahkan segala isi hati .
mungkin kerna aku sudah tidak mampu untuk menanggung lagi .

post signature



Tuesday, March 20, 2012

hati yang berkata kata


hati yang bisu juga boleh bisikkan kata pujuk rayu .
hati yang beku juga bisa cair dengan kata maaf .

post signature


bebanan hati . :/


lembek . ya , aku memang lembek !
lembek dari segi emosi dan perasaan aku .
aku tewas dengan mainan hati aku sendiri .

terkadang aku sendiri tak mengerti apa yang aku rasai .
terkadang aku sendiri tersekat dalam dilema perasaan ini .

ada masanya aku ingin campak kan saja sekeping hati .
ada masanya ingin saja aku buang segala perasaan ini .
ingin saja aku humban segalanya ke dalam hati kamu .

agar kamu bisa merasa bebanan yang sedang aku pikul .
agar kamu boleh merasa seberapa beratnya hati ini untuk mu .

supaya kau bisa percaya siapa di dalam hati ini .
bila hati telah bersuara nanti baru lah kau mengerti .

sungguh aku takut untuk melalui kehilangan sekeping hati.
sungguh aku tak bisa menghadapi situasi itu di masa depan .

post signature


it won't last forever .


tiada guna bermegah dengan apa yang kita miliki .
kerna kelak ia mungkin juga akan berlalu pergi .

jangan terlalu mengharap dengan yang tak pasti .
kerna nanti ia mungkin juga bisa menguriskan hati .

apa yang kita perolehi , jangan kita sia sia kan .
apa yang kita miliki , jangan pernah kita abaikan .

post signature






bingkas bangun !


jangan takut dengan musuh kau yang datang menyerang kau .
tapi dengan kawan makan kawan kau yang selalu memeluk kau .

agar kau tak akan tersungkur di saat dia sedang mencuba
untuk menjatuhkan kau disebalik pelukan yang mesra itu .

agar kau bisa berdiri teguh dan mampu untuk menolak dia
dengan lebih kuat lagi agar dia rebah menyembah ke bumi .

post signature



Friday, March 16, 2012

jatuh bangun kehidupan


pernah tak kau fikir beban yang aku pikul ?
pernah tak kau merasa kesulitan yang aku alami ?
pernah tak kau mengerti perasaan yang aku rasai ?
pernah tak kau faham dugaan yang aku hadapi ?

aku tak pernah merancang perjalanan hidup aku .
aku tak pernah inginkan jalan cerita aku macam nie .
andai saja kau boleh selami dan rasai dalam hati ini ,
baru kau mengerti apa itu sakit , dan apa itu seksaan .

benda tak jadi kat kau memang kau tak akan rasa .
bila dah terjadi kat diri sendiri baru kau mula sedar .
kalau selama ini kau sering mendongak ke langit biru ,
kini kau sudah mulai rebah jatuh menyembah ke bumi .

tak selamanya kita akan kecapi rasa kebahagiaan itu .
tak selamanya kita akan sengsara dengan kesedihan .
tak seharusnya kita menjatuhkan orang yang mencuba untuk bangun .
kerna kelak kita juga yang terkapai kapai mencari mereka disaat kita tersungkur !

post signature



Monday, March 12, 2012

in life .


kadang kadang dalam hidup nie ,
akan ada manusia yang bertindak
melebihi had yang sepatutnya.
bila orang lain mula buat apa
yang dia pernah buat kat orang tu ,
mulalah dia nak merasa marah sakit hati.
apa dia ingat dia je yang punyai rasa
sakit hati , marah , sedih , bengang ?

orang lain juga manusia yang ada perasaan .
apa yang kita rasa orang lain juga merasa .
kalau kita rasa sakit , orang lain lebih sakit .
sebelum kita marah , kita tanya diri kita dulu .
kalau kita kat tempat dia , apa yang kita rasa ?
patut tak kita nak rasa marah dan sakit hati ?

jangan kacau orang kalau kita tak suka dikacau .
jangan dikejutkan harimau yang sedang nyenyak tidur .
jangan sayang jangan . :)

post signature

Tuesday, March 6, 2012

kehidupan


bila yang lantang sudah mula bersuara,
lebih baik sang penakut diamkan sahaja.

bila yang baik sudah mula tunjuk taring,
lebih baik sang jahat anggukkan sahaja.

post signature

Monday, February 27, 2012

tentang 88


semakin hari, aku semakin mengenali dia.
ternyata dia tak sombong macam aku fikir.
bila dengan aku, dia macam jadi diri dia.
berbeza bila dia bersama dengan orang lain.

that makes me feel so special.

post signature

Friday, February 24, 2012

thanks Belalang


what if i never knew, what if i never found you?
i never had this feeling in my heart.

thanks for pulling my sanggul at the first place.
thanks for those annoying nicknames that you gave to me.
thanks for making those cute Belatok faces to me.
thanks for being a coach for my team.

aku tak mungkin menjadi milik kamu kalau
kamu tak buat semua benda pelik itu yang
ternyata memang mampu menambat hati aku.

post signature

ex ex ex !


there are so many reasons why we left our EXs.

once an EX, always an EX !

post signature

Saturday, February 18, 2012

pabila jodoh telah tiada


apa memang benar kau tak rasa rugi,
bila dah bertahun bersulam kasih.
akhirnya sunyi sepi setelah berpisah?

mana rasa sayang yang pernah dibina?
mana rasa cinta yang pernah singgah?
mana rasa rindu yang pernah menggebu?

mudah sangat bila nak lafazkan benci.
semua yang indah menjadi mimpi ngeri.
semua yang pahit menjadi makin pahit.

kau dengan cara kau,
aku dengan hidup aku.
dua hati yang pernah bersatu,
kini menjauh untuk bersatu dengan yang lain.

post signature

Friday, February 17, 2012

the reason


if someone ever leave you, there must be some good reasons. try to look back and find our weaknesses before we put the blame on others. it might be us that cause the break up.

post signature

bahasa cinta


aku mungkin manja tak kira tempat
tapi dia sabar layan kerenahnya aku
aku memang jenis lantang bersuara
tapi dia cuba tegur apa salahnya aku

mungkin aku memang susah diatur
tapi dia sabar cuba lembutkan aku
mungkin aku susah merasakan marah
tapi dia tak pernah ambil kesempatan

berulang kali telah aku berpesan
andai aku punyai kesalahan
tolong ajarkan aku bahasa cinta
agar aku bisa mengerti perasaannya

post signature

kisah kami terhenti


aku pernah merasa sunyi. kosong. disebalik kesunyian yang aku rasakan, hadir lah seorang yang bernama lelaki menghulurkan janji baru. hidup baru. cinta yang baru. untuk aku merasakan kebahagiaan yang telah lama asing dari hidup aku.

sungguh aku terkeliru disaat aku harus memilih. akhirnya aku sedar, tiada gunanya aku terus berharap dengan sesuatu yang telah lama aku nantikan. tiada gunanya aku menunggu batu untuk menjadi air. andai sesuatu yang lebih menjamin kebahagiaan, untuk apa lagi aku tetap bertahan dan akhirnya aku sendiri yang terluka.

aku fikir, tiada gunanya lagi aku harus terikat dalam ikatan cinta yang kian memudar. tiada gunanya lagi aku terus memaksa diri ini untuk tetap cinta tapi hakikatnya hati ini sudah tawar. lebih baik aku putuskan dia dengan baik caranya agar aku bisa kembali bernafas lagi.

ternyata keputusan ini adalah yang paling tepat. dia seperti aku yang sudah temui kebahagiaan yang dia tercari cari selama ini. aku bersyukur. aku juga sama seperti dia yang kian kecapi rasa bahagia itu bersama lelaki yang aku pilih.

kini tiada apa lagi yang harus aku rahsiakan kerana semuanya sudah tertulis. mungkin jodoh aku bukan dengan dia dan aku sangat bersyukur kerana dia telah temui gadis yang jauh lebih baik daripada aku. dan aku juga dapat yang lebih baik. alhamdulillah. semoga hubungan kami semua ini diberkati. Amin. :)

post signature

aku tak terguris


telah aku lemparkan jauh jauh perasaan itu.
untuk apa lagi kau persetankan tentang aku.
yang ternyata tiada kaitan dengan kau lagi.

lepaskan saja segala yang terpendam
supaya kau bisa hidup lebih tenang
jangan jadikan dia sebagai umpan
untuk kau terus sakiti hati aku

kerana aku tidak pernah tercalar
dengan setiap tindakan yang kau lakukan
kerna aku tahu kau yang lebih terluka
aku cuba perhatikan permainan kau ini

ternyata kau tidak pernah putus asa
untuk membuat aku cemburu dan menyesal
sayangnya, rasa itu tidak pernah hadir

bagaimana aku mahu menyatakan
bahawa hati aku ini telah dimiliki?

post signature