Pages

Monday, June 25, 2012

luahan Ami Ilana


setiap benda yang berlaku , ada hikmahnya . aku percaya , semua yang berlaku dalam hidup aku nie , ada sebab dia . mungkin aku terlalu buta untuk menilai . terlalu pekak untuk mendengar . terlalu bisu untuk bersuara . mungkin , yes , mungkin ! semua orang boleh cakap , tak nak buat itu , tak nak buat ini . tapi kalau dah takdir kita tertulis begitu dan begini , siapa kita nak melawan kan ?

semua dah tertulis . jalan cerita hidup aku memang macam nie . orang nak aku buat apa lagi ? sampai bila orang nak menghukum aku atas kesalahan yang dah aku kesalkan selama ini ? the damage is done . i can't turn back and fix everything . i can't ! if i could , i would do it long long time ago . masalahnya aku tak mampu .

perit ada kat posisi aku . semua caci maki aku telan je . macam macam orang nak label aku . fine , tu hak masing masing kan ? aku pon pernah melabel orang tu kambing , gajah , telinga , belalang . it's life kan ? kita tak mampu nak zip mulut semua orang . apa aku mampu buat , pekakkan telinga sahaja walaupun perit pada awalnya .

dulu aku pernah tersentap setiap kali aku dengar cerita tentang aku . tapi lama lama hati aku jadi kebal . aku dah mula kalis dengan kata kata orang sekeliling . bagi aku , orang tak duduk tempat aku sedaplah mengata pom pang pom pang . kalau orang duduk kat tempat aku , mungkin aku pulak yang pom pang pom pang kan ? tak ada guna aku nak simpan dendam , nak marah , nak emo tak tentu pasal .

sebab tu aku lebih memilih untuk diam . demi menjaga hati semua pihak . aku tak mampu nak puaskan hati semua orang . aku mampu tersenyum je setiap kali berdepan dengan masalah yang sama . aku bosan nak melayan benda yang sama . sebab tu aku biarkan saja orang berkata kata . asalkan orang berpuas hati , aku lagi senang macam tu . bila orang dah letih bercakap , orang akan berhentilah kan ? tunggu masa je .

aku tak suka ambil port masalah orang lain . lagi lagi masalah peribadi . tu hak masing masing , aku kena hormat privacy orang supaya orang boleh hormat privacy aku . mudah mudahan kan ? aku mampu berharap and doakan yang terbaik untuk semua . andai itu takdirnya , aku pasrah dengan semua ini .

yang paling penting , aku bahagia sekarang . jauh lebih bahagia . aku akui , semua pengorbanan aku and dia selama ini memang berbaloi . aku tak pernah menyesal . tak pernah ! alhamdulillah ;)

post signature

No comments:

Post a Comment