Pages

Saturday, June 30, 2012

Pasrah

Tak ada seorang manusia pun yang nak jadi jahat . Semua nak jadi baik , nak jadi yang terbaik . Manusia semuanya sama . Yang membezakan cuma perangai dan perbuatan .

Kita tak boleh menghukum seseorang kerana perbuatan yang dia dah buat . Dah itu memang takdir dalam hidup dia . Mungkin dia akan belajar daripada kesilapan dia , ataupun dia dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya tak akan ulangi apa yang dia dah buat .

Manusia belajar daripada kesilapan dan pengalaman orang sekeliling . Kita semua milik Dia . Kita seperti pelakon di atas pentas dunia . Kita belajar tentang kehidupan dan kita memilih jalan kita sendiri . Dengan harapan semoga jalan itu diredhai .

Kita sebagai manusia tak ada hak untuk menghukum orang lain . Kita tak tahu apa yang dah dia lalui dalam dunia nie . Siapa tahu orang tu jadi pelacur sebab dia dijual oleh bapak tiri dia ? Dia tak memilih untuk jadi macam tu tapi keadaan dan takdir meminta . Pantaskah dia dipersalahkan ? Fikirlah .

Semua dalam dunia nie cukup adil . Adil di sisi Dia . Kita tak tahu apa lagi perancangan Dia untuk kita di masa depan . Dia maha adil kan ? Percaya dan sentiasa bersyukur . Redha dan pasrah . Berserah kepada takdir .

No comments:

Post a Comment